Ku cuba berkasih aku tiada mampu
Ku cuba merindu ku tiada berdaya
Bertahun lamanya terjalin asmara
Di antara kita
Takkan mungkin bersama.
Maafkanlah sayang bukan ku tak cinta
Bukan ku sengaja menjauh darimu
Kerana terpaksa harus ku merela
Demi bahagia dirimu dan dirinya.
Kisah cinta engkau dan aku
Berakhir dengan air mata
Bukan salahmu yang tak setia
Namun diriku yang tak berpunya.
Kekasih terimalah
Pilihan orang tuamu
Dirimu tercipta bukan untukku.
Tak sanggup ku lalui
Dinding pembatas cinta
Biarkan ku pergi untuk selamanya
Maafkanlah diriku.
Leave a Comment